Monday, January 31, 2011

kenali Murabbiku....






                                                         



alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi..
ana masih lagi bernafas, dan dapat menikmati udara subuh yang nyaman dan damai ni........

seusai sahaja daripada solah subuh, tiba-tiba ana diselubungi rasa rindu...

rindunya pada beliau...
apabila ana mula mengenali beliau...dan bersua dengan beliau.. dan duduk di maljisnya...
ana rasa ana telah jatuh cinta, kerana kecintaan yang tinggi beliau pada Sayyiduna Rasulullah  Shallallahu 'alaihi wa Sallam...


beliaulah yang membuatkan ana semakin rindu kepada   Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.....

siapakah beliau ??

Beliau adalah merupakan  al- 'Allamah as-Sayyid al-Habib Umar ibn Hafiz.... (^_^)

salasilah keturunan beliau :

al-Habib 'Umar
Muhammad
Salim
Hafiz
Abd-Allah
Abi Bakr
'Aidarous
al-Husain
al-Shaikh Abi Bakr
Salim
'Abd-Allah
'Abd-al-Rahman
'Abd-Allah
Al-Shaikh 'Abd-al-Rahman al-Saqqaf
Muhammad Maula al-Daweela
'Ali
'Alawi
al-Faqih al-Muqaddam Muhammad
'Ali
Muhammad Sahib al-Mirbat
'Ali Khali' Qasam
'Alawi
Muhammad
'Alawi
'Ubaidillah
al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad
'Isa
Muhammad
'Ali al-'Uraidu
Ja'afar al-Sadiq
Muhammad al-Baqir
'Ali Zain al-'Abidin
Hussain
Ali

dan..

Sayyidina Ali adalah suami kepada Sayyidatina Fatimah az-Zahra,
anak kepada Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam...
alhamdulillah.. wallahua'lam...
al-Habib Umar mempunyai keturunan yang mulia iaitu dari keturunan Sayyiduna Rasulullah  Shallallahu 'alaihi wa Sallam melalui Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah....
subhanallah...... 

itulah sedikit sebanyak mengenai salasilah keturunan beliau...

Sebelum ini, apabila ana mengetahui beliau adalah keturunan Sayyiduna Rasulullah  Shallallahu 'alaihi wa Sallam, ana dan sahabat ana  excited sangat nak ke majlis ilmu beliau dan alhamdulillah ALLAH makbulkan impian ana... itu belum lagi ana bercerita mengenai perjalanan ana dan sahabat tercinta ana ke majlis beliau dengan kami yang tak kenal tempat tu, dengan banyak kali sesat dan salah jalan (memang lucu) akhirnya bila kami jumpa tempat majlis ilmu beliau tersebut, girangnya kami mengalahkan jumpa artis... hehe... (memori indah)

“Ilmu adalah sangat mulia. Justeru, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut, maka semakin bertambah pula keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”

ana tak tahu nak gambarkan perasaan ana bila duduk di majlis beliau, dan ana harap kamu semua dapat merasainya sendiri, betapa banyak ilmu yang kita boleh kutip dari majlis beliau, betapa terkesannya hati kami tatkala beliau berdoa sehinggakan ramai hadirin yang hadir turut menangis sambil mengaminkan doa beliau..... 


"sesungguhnya orang yang merasai gula itu lebih mengetahui tentang manisnya gula itu berbanding orang yang tidak pernah merasa gula"

ana ingin berkongsi rasa rindu ni , agar kamu semua turut merasakan apa yg ana dan sahabat ana telah rasa tatkala duduk di majlis beliau.... bukanlah niat ana riak atau bongkak apatah lagi nak menunjuk-nunjuk..... dan ana juga tidak sehebat rakan-rakan ana yang lain, sememangnya pencinta majlis ilmu, dimana ada majlis ilmu, di situ ada mereka.... (betapa tingginya kecintaan mereka di majlis)

oleh itu ana menyeru kepada diri ana dan anda semua untuk meluangkan masa ke majlis ilmu beliau atau mana-mana ulama' pun, dan ia sememangnya bermanfaat dan mendidik hati.... (^_^)

ana teringat satu kisah ana dan sahabat ana ni.....

sahabat ana adalah seorang yang hebat.... dan sedang dalam proses meneruskan pembelajaran ke Syria....
(cemburunya ana pada ilmu yang dia miliki)

sahabat ana ni pun mempunyai murabi dan murabbi beliau adalah Syeikh Ali, sahabat ana  sangat rapat dengan murabbinya, sehingga beliau mengelarkan murrabi dia sebagai "Abi"...

dan dari situ la, ana mula menggelar murabbi ana sebagai "Abi"...... (sesuka hati jer)
agar hubungan ana dengan murrabi ana semakin rapat dan semakin utuh.....

Ana berharap semoga ALLAH akan sentiasa pilih dan pilih ana lagi untuk ke majlis beliau dan kalau boleh tak nak tertinggal satu majlis pun...... (^_^)

Sesungguhnya ALLAH  Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

ana tak sangka meskipun semasa ana di negeri orang (kelantan),  apabila ana sedang menuntut ilmu, ALLAH hadiahkan sesuatu yang istimewa....
iaitu ana dapat lagi duduk di majlis ilmu beliau...
Allahuakbar.....
terharu ana apabila memikirkan ketentuan Illahi, yang mentakdirkan sesuatu dengan cantik sekali.......
subhanallah....

Semoga kita akan sentiasa terpilih duduk di majlis-majlis ilmu iaitu taman-taman syurga......

Semoga kita akan ditempatkan bersama dengan orang yang kita kasihi di syurga kelak...

Semoga ALLAH masih memberi peluang kepada hamba yang hina ini untuk mengenali para ulama dan mengasihi mereka....

ameen... (T__T)







for salasilah crd to: