Monday, February 28, 2011

QASIDAH BURDAH, DAUNI-DAUNI

bak kata orang " tak kenal, maka tak cinta"


pertama kali pengembara diperkenalkan kepada Qasidah ini adalah semasa di madrasah tercinta,

pertama kali dapat kertas lirik lagu qasidah ini, saya dah tertanya-tanya, apa ni?? macam mana nak nyanyi ni?? buat apa nak berqasidah ni? kenapa pusing sana pusing sini, adoii.. pening nya.... dah la tu berqasidah semasa membaca ayat tidur.. lama pulak tu, dengan mengantuknya lagi. kebiasaannya, orang melagukan qasidah ini adalah orang yang dipilih.. saya lah orang yang paling benci setiap kali tiba bacaan qasidah itu!!!

setiap kali pilihan diadakan sayalah pelakon terbaik, buat-buat tenang dan muka buat-buat profesional, konon dah biasa dengan baca qasidah itu sehinggakan tidak pernah dipilih, dalam hati ALLAH sahajalah yang mengetahui gelora tsunami itu.... fuhh selamat! hik hik.. memang pelakon terbaik lah... orang yang menyorok dan takut-takut ni seringkali menjadi sasaran, hehe...

            namun hari demi hari berlalu,
            semakin saya mengenali qasidah itu,
            dari tak tahu menjadi tahu,
            dari pening menjadi mudah,
            dari benci menjadi suka...
            dan benar.. saya benar-benar telah jatuh cinta
            dengan qasidah itu!!!
            sehinggakan saya menyesali, 
            kenapa lah saya tidak pernah menawarkan diri
            untuk melagukannya...

bila budak-budak melagukannya terasa sungguh comel!!
bila orang dewasa melagukannya terasa tenang dan sayu!!
bila habib melagukannya boleh mengeluarkan air mata!!

oh.. indah sungguh perasaan itu...

saya juga boleh terjatuh cinta kepada individu yang melagukannya
fuhh!! hebat betul aura qasidah itu..
mujur iman masih menguasai diri...
hehe....

untuk mengetahui latar belakang qasidah, ada diceritakan dalam post yang sebelum ini..

dan dibawah ini adalah salah satu qasidah kegemaran saya,
kalau kalian dapat dengar habib umar melagukan dauni ini, lagi lah best....

selamat berqasidah yer...... ( ^__^ )

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                            for the picture cdt to : http://abdullahmahdi.com/


TERJEMAHAN:

                                   Biarlah aku, biarlah aku bermunajat dengan kekasihku;
                               Jangan salahkan aku, kerana yang demikian itu adalah haram.

Belajar dari tangisku, sambil bernyanyi wahai merpati;
Aku telah mabuk dengan arak percintaan.

Belajar dari tangisku, sambil bernyanyi wahai merpati;
Ambillah dari dari halku, pelajaran-pelajaran cinta.


Barangsiapa sepertiku, penuh dengan cinta terhadap Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam;
Mengapa ditegah, mengapa dimarahi.

Mereka tegur aku sebab cinta padamu;
Wahai cahaya mataku, atasmu salamku.

Pimpinlah aku, pimpinlah aku, jangan tinggalkan aku.
Wahai penyejuk mata hatiku, terimalah salam dariku.

Salamku, salamku atas setinggi-tinggi maqam,
Wahai ( Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam) atasmu salam.

Hatiku rindu pada Madinah;
Hatiku terpesona atas sebaik-baik manusia.

                                                  YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT,                                                             KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI,
               NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM DAN KELUARGANYA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

oh ya, memandang kan line internet saya terlebih tip top, maka tiada sebarang lagu dapat saya masuk kan ke blog ini, maaf! sekiranya berminat sila lah ke link ini " http://www.youtube.com/watch?v=hi9D704Vyeo&feature=related "atau pun taip sahaja tajuk qasidah yang diminati di youtube.....

sebenarnya terdapat lagi qasidah yang lain.... nak tahu??
kena cari masa, untuk belajar macam mana nak berqasidah dari yang pakar... (^_^)
selamat mencuba. saya ni pun masih lagi berjinak-jinak dalam qasidah ini, tak pakar pun, merangkak adalah.
ada sesiapa yang sudi mengajar saya??

note: subhanallah.. indah sekali bukan maksudnya, saya ingin meminta maaf andai terdapat sebarang    kesalahan dalam terjemahan tersebut, wallahu'alam.....

3 comments:

  1. nak saya ajar kan ker,
    aduh... diri ni pun masih bertatih lagi..
    jom kita belajar bersama2..
    mmg best dan tak rugi la,belajar..
    (^__^)

    ReplyDelete
  2. pondok pasir tumboh ke? :)

    ReplyDelete